poligami dan isteri kedua

Dari Hawa Ke Hawa

Sebenarnya , tiada hinanya menjadi isteri kedua. Martabat seorang isteri adalah sangat mulia. Seiring dengan kemuliaan seorang isteri, hadir jugalah amanah dan tanggung jawab. Andai kita memilih untuk menjadi isteri kedua kepada seorang suami yang juga telah punyai seorang isteri , maka tanggung jawab dan amanah itu bertambah.

Amanah dan tanggung jawab; agar dengan kehadiran kita, keluarga sedia ada suami bukannya makin berpecah belah sebaliknya, makin bersatu dan berbahagia. Barulah perkahwinan kita itu membawa barakah dan dipenuhi dengan rahmah Allah. Amanah yang dipegang adalah menjadikan suami kita sedar bahawa membawa kita masuk dalam keluarganya membawa maksud dia perlu lebih prihatin kepada keluarga sedia ada agar hati mereka tidak jauh dari Allah dalam menerima qada dan qadarNya. Tanggung jawab kita pula adalah memastikan bahawa madu kita menerima kehadiran kita sebagai pembantunya dalam menguruskan suami bukannya mengambil alih tugasnya dan membiarkan suami tidak berlaku adil.

Hadirnya kita sebagai orang baru dalam keluarga…

View original post 694 more words